http://www.mufticambodia.blogspot.com/
Saturday, June 29, 2013
Persatuan Guru Muslim Kemboja
Persatuan Guru Muslim Kemboja adalah sebuah organisasi badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dibawah akta 1879 kemeterian dalam negari Kemboja bertarikh 22 December 2011, yang berteraskan kepada prinsip dan nilai-nilai Islam. Ahli-ahli persatuan tersebut terdiri daripada golongan siswazah islam dari luar dan dalam negara. Tujuan ditubuhkan persatuan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara guru-guru muslim di kemboja,dan untuk menyusun sistem pelajaran agama di Kemboja mengikut taraf antara bangsa serta berbakti untuk semua lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi.
http://gurumuslimkemboja.blogspot.com
http://gurumuslimkemboja.blogspot.com
MOHAMAD ZAIN BIN MUSA
| NAME | MOHAMAD ZAIN BIN MUSA | ||
| TITLE | MR | ||
| INSTITUTION | UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | ||
| NATIONALITY | MALAYSIAN | ||
| GENDER | MALE | ||
| RACE | MALAY | ||
| ADDRESS (OFFICE) |
| ||
| TEL. NO. (OFFICE) | +603 8921 5387 | ||
| FAX NO. | +603 8921 3290 | ||
| E-MAIL ADDRESS | matzen@pkrisc.cc.ukm.my | ||
| DESIGNATION | SENIOR LECTURER | ||
| APPOINTMENT STATUS | PERMANENT |
ACADEMIC QUALIFICATION
(Qualification),(Discipline),(Institution),(Year).
(Qualification),(Discipline),(Institution),(Year).
| Master, History, Sorbonne, IVth Section, Paris, 1991. |
PROFESSIONAL QUALIFICATION
(Qualification),(Discipline),(Institution),(Year).
(Qualification),(Discipline),(Institution),(Year).
| Diplome de l'EPHE, History, Sorbonne, VIth Section, Paris, 1991. |
PREVIOUS APPOINTMENT
(Post),(Organisation),(From)-(Until).
(Post),(Organisation),(From)-(Until).
| Senior Lecturer, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005-Present. |
AREAS OF EXPERTISE
(Main),(Sub),(Area).
(Main),(Sub),(Area).
| HUMANITIES, Historical and Civilisation Studies, Indochina: The Malay-Cham Community. |
RESEARCH
(Project title),(Role in project),(From)-(Until),(Source),(Level).
| The Cham People After 1975. The Case in Malaysia., Project Leader, 2001-2005, The Toyota Foundation, International. |
| Demokrasi dan Pendemokrasian di Malaysia: Pilihanraya Negeri Sarawak 2006, Co-Researcher, 2006-2007, UKM, |
| Cerita Rakyat Melayu-Polinesia: Kemboja, Laos dan Vietnam, Researcher, 2002-2002, DewanBahasa dan Pustaka Malaysia, International. |
| Manuskrip Cam di Perancis: Satu kajian awal, Researcher, 1994-1995, UKM, International. |
EXPERT CONSULTATION/CONSULTANCY
(Title),(Organisation),(Role),(From)-(Until),(Level).
| Dictionnary Bahasa Melayu - Khmer Dewan, DBP, Consultant, 2001-Present, International. |
| Vietnamese Refugees (in Malaysia), Terengganu Museum, Consultant, 2006-Present, National. |
PROFESSIONAL AFFILIATION
(Organisation),(Role),(From)-(Until).
| Centre National de Recherches Scientifiques (NURS - URA 1075, associate Member, 1987-2002. |
| Centre National de Recherches Scientifiques (CNRS - URA 1075), France, Associate Member, 1987-2002. |
| Centre d'Histoire et Civilisation de la Péninsule Indochinoise (CHCPI), Paris, Member, 1987-2003. |
| Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS), Kuala Lumpur, Member, 1994-Present. |
| Malaysian Historical Society, Kuala Lumpur, Member, 1998-Present. |
| Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), Malaysia, Member, 2004-Present. |
| Laboratori Pendidikan dan Literasi Matematik INSPEM, Universiti Putra Malaysai, Associate Member, 2005-Present. |
EXPERT/TECHNICAL CONTRIBUTIONS
(Activity),(Organisation),(Role),(From)-(Until),(Level).
| Associate member, Laboratori Pendidikan dan Literasi Matematik, INSPEM, UPM, Resource Person, 2005-2008, National. |
AWARDS AND RECOGNITIONS
(Name of award),(Awarding Institution),(Year),(Level).
| Scholarship, France, 1987, International. |
| Scholarship, UKM, 1994, National. |
PUBLICATIONS
(Publication),-(Type of Publication).
| Mohamad Zain Bin Musa Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, 2003, Masyarakat Cam sepanjang zaman, Pengarang, Ed. 1, 195, Ikatan ahli-ahli arkeologi Malaysia, Kuala Lumpur, 01, Salinan Keras (Kertas)., - Book |
| Maizatul Haizan & Mohamad Zain Musa, 2005, Tinjauan Baru politik Malaysia, Pengarang, Penerbit UKM, Bangi, UKM, 01, Salinan Keras (Kertas)., - Book |
| Prof. Dato Dr. Jamil Osman, Mohamad Zain Musa & Nik Asari Mohd. Ali, 2004, Eradicating Poverty of The Malay-Cham In Cambodia in The International Conference on Poverty in the Muslim World And Communities: Causes and Solutions, Pengarang, International Institute for Muslim Unity, Kuala Lumpur, 02, Salinan Keras (Kertas)., - Proceeding |
| Mohamad Zain Bin Musa, 2003, Bab 8: Masyarakat Cam di Malaysia: Tinjauan di Negeri Kelantan dalam Peradaban Melayu Timur Laut. A. Aziz Deraman (Pnyt.). Kuala Lumpur: DBP. 2003. Hal. 156-178., Pengarang, Hal. 156-178, DBP, Kuala Lumpur, 01, Salinan Keras (Kertas),., - Chapters in book |
| Mohamad Zain Bin Musa & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2006. The Cham Community Through the Ages. Ikatan Ahli-Ahli Arkeologi Malaysia, Kuala Lumpur., - Book |
| Mohamad Zain Bin Musa 2006 Petempatan Masyarakat Melayu-Cam di Indochina Berasaskan Prasasti Kuno . In Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil. 19, 2006. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. Hal. 72-88., - Journal |
| Mohamad Zain Bin Musa 2005 Islam as Understood and Practiced by the Muslims in Indochina in Islamiyyat, Vol. 25, No. 1 (Islamiyyat 25(1) 2004:45-60), 2004/1425 H; Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi; p. 45-60., - Journal |
| Mohamad Zain Bin Musa 2003 Masyarakat Cam di Malaysia sejak 1975: Satu tinjauan awal in Proceedings Seminar Fakulti Sains Kemaysarakatan dan Kemanusiaan Ke-4, 27-28 August 2001 at the Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi., - Proceeding |
| Mohamad Zain Bin Musa 2001 The Malay and Cham Relations with The Kingdom of Cambodia During and after the French Protectorate Period (1863-2000) . In JMBRAS, Vol. LXXIV Part 2, 2001. hal. 1-21., - Journal |
KEYNOTE ADDRESS/INVITED SPEAKER
(Title),(Event),(Venue),(Date),(Organiser),(Level).
| Role of cultures in promoting harmony among nations in Southeast Asia, International Conference on Southeast Aisa Cultural Values: Preservation and Promotion, Siemreap, Cambodia, 12-13 October 2005, Asia Research Center of The Royal Academy of Cambodia and sponsord by the Korean Foundation for Advanced Studies (KFAS), International. |
POST GRADUATE SUPERVISION
(Student's Name),(Degree),(Thesis Title),(Year Awarded).
(Student's Name),(Degree),(Thesis Title),(Year Awarded).
| Mohd Nazri Bin Hamzah, Masters, Dasar Amerika Terhadap Ngo Dinh Diem, 1961 Hingga 1963, 2005. |
| Hong Panharith, Masters, Integration of Cambodia into ASEAN, 2005. |
| Samsu Adabi Mamat, PhD, Kesan-kesan Sejarah Islam di Kemboja: Kajian khusus terhadap peralatan keagamaan di Masjid dan Surau, 2006. https://www.mohe.gov.my/malimsarjana/cvpreview.cfm?id=893 |
Budaya Melayu Cham dapat perhatian pengkaji
APAKAH skop kajian Mohamad Zain Musa?
Skop kajian saya mengenai sejarah masyarakat Melayu Champ di Kemboja,Vietnam dan Laos pada abad ke-17 hingga ke-19 dengan penumpuan terhadap pasca rejim Khmer Rouge, iaitu selepas 1979. Kajian saya juga membabitkan perkembangan masyarakat Melayu Champ sebagai pendatang ke negara ini. Saya turut merancang untuk memperluaskan skop sempadan dengan mengambil kira kedudukan Melayu Champ yang berhijrah ke Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jepun. Bagaimanakah kedudukan sosiobudaya Melayu Champ di Indochina? Sebagai kaum minoriti, mereka berhadapan dengan masalah kemampuan ekonomi untuk mempertahankan sosiobudaya. Bagaimanapun, mereka masih boleh mempertahankan identiti berdasarkan faktor agama Islam yang membezakan mereka dengan masyarakat majoriti. Bagaimanakah kedudukan bahasa Melayu di wilayah berkenaan? Kita harus membezakan antara masyarakat Champ dengan Melayu Champ yang berasal daripada rumpun Melayu. Perkembangan bahasa Melayu di kalangan Melayu Champ dibantu oleh faktor kedatangan mereka ke Malaysia untuk bekerja dan pulang ke negara asal. Bahasa Melayu Champ bersifat mudah dan ada pengkaji yang menyimpulkan kira-kira 60 hingga 70 peratus kosa kata bahasa itu sama dengan bahasa Melayu seperti anggota badan serta nombor. Bahasa Melayu Champ sebenarnya lebih mudah kerana tidak mempunyai banyak imbuhan. Apakah jenis sastera yang ada? Mereka mempunyai sastera lisan saja. Pada 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghantar saya untuk mengumpulkan sastera lisan di kalangan masyarakat Melayu Champ. Saya berjaya mengumpulkan sastera rakyat Melayu Champ di Kemboja dan Laos manakala sastera berkenaan di Vietnam diserahkan kepada pihak lain. Hasil himpunan itu terkandung dalam buku sastera rakyat dalam konteks dunia Melayu yang bakal diterbitkan DBP tidak lama lagi. Sastera bertulis yang masih ada hanya beberapa salinan manuskrip lama, termasuk yang dibawa pulang penjajah Perancis ke negara mereka.
Apakah sastera rakyat yang berjaya dikumpulkan?
Pihak kami berjaya mengumpulkan kira-kira 20 kisah rakyat berbentuk cerita haiwan dan manusia selain cerita jenaka yang mempunyai unsur lucah. Antara kisah haiwan yang terkandung dalam sastera rakyat Melayu Champ ialah kisah kura-kura yang terbang bersama-sama helang manakala cerita manusia ialah orang biasa yang menyimpan cita-cita mengahwiniPuteri Raja.
Mengapakah tidak ada sastera bertulis di kalangan Melayu Champ?
Masalah kemiskinan yang biasa dihadapi kaum minoriti di sesebuah negaramenyebabkan perkembangan bahasa dan sastera bertulis terhalang walaupun kerajaan mereka tidak menyekat proses pembelajaran bahasa Melayu Champ. Pendidikan ialah pelaburan yang tidak membawa pulangan berbentuk material, sebaliknya keuntungan berbentuk perkembangan minda dan intelektual. Bahasa Melayu Champ boleh berkembang dengan lebih mudah dalam tulisan Jawi tetapi pengamalnya berhadapan dengan masalah piawaian apabila membabitkan bahasa pinjaman. Contohnya pengamal tulisan Jawi dalam bahasa itu yang berasal dari Kemboja sukar memahami tulisan jawi masyarakat Melayu Champ di Vietnam kerana pe ngaruh bahasa tempatan.
Apakah bentuk sistem pendidikan yang diterima masyarakat Melayu Champ?
Ada dua bentuk, iaitu sistem pendidikan kebangsaan yang moden dan sistem pendidikan pondok. Sistem pondok dilaksanakan secara tradisional dengan pelajar ke rumah tuan guru ketika cuti panjang selama tiga bulan.
Sebahagian tuan guru yang mengajar ialah lepasan sistem pondok di Kelantan dan Kedah. Pendidikan agama seperti tafsir al-Quran, hadis dan fiqh turut diajar melalui kelas fardu ain antara waktu Maghrib dan Isyak berdasarkan kemampuan tuan guru. Apakah masa depan bahasa dan budaya masyarakat Melayu Champ? Bahasa mungkin sukar untuk dimajukan kecuali Melayu dari negara lain termasuk Malaysia mempunyai dasar konkrit untuk membantu mereka. Masalahnya, bantuan negara luar mungkin menimbulkan salah faham daripada kerajaan wilayah terbabit. Dari segi sejarah, masyarakat Melayu Champ pernah menguasai sebahagian besar wilayah di Vietnam sebagai pemilik tanah. Oleh itu, keutamaan kita ialah membantu mereka dalam soal agama dan akidah, sekali gus dapat mempertahankan budaya mereka.
| ||||||||||||||||||
Ulama, guru agama dibunuh
MASYARAKAT Islam Kemboja yang lebih dikenali etnik Champa sudah bertapak di negara itu sejak ratusan tahun lalu.
Pergolakan, perang saudara, penjajahan dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai daripada mereka menjadi pelarian termasuk ke Malaysia.
Sepanjang penguasaan Regim Demokratik Kampuchea (DK) antara 1975 hingga 1979 yang dipimpin Pol-Pot dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kampuchea, ia meninggalkan sejarah hitam dalam sosiopolitik negara itu.
Dalam tempoh tiga tahun lapan bulan dan 20 hari pemerintahan Pol-Pot, lebih sejuta orang terkorban bahkan ada catatan mendakwa kira-kira tiga juta jiwa melayang.
Dalam tempoh tiga tahun lapan bulan dan 20 hari pemerintahan Pol-Pot, lebih sejuta orang terkorban bahkan ada catatan mendakwa kira-kira tiga juta jiwa melayang.
Baki enam juta penduduk Kemboja yang terselamat, mereka dihantui kekejaman pemerintahan Pol-Pot selain mewarisi kemiskinan, menjadikan Kemboja ketinggalan 30 tahun di belakang dalam pembangunan berbanding negara lain di rantau itu.
Sepanjang tempoh pemerintahan Pol-Pot, ramai etnik Cham terkorban malah lebih 200 ulama dan guru agama dibunuh sepanjang pemerintahan kejam mereka.
Mufti Kemboja, Kamaruddin Yusof berkata, sebelum Khmer Rouge menguasai Kemboja, orang Islam Cham meliputi 10 peratus atau 700,000 daripada tujuh juta penduduk Kemboja.
Bagaimanapun, katanya selepas kejatuhan Khmer Rouge pada 1979, hanya 200,000 etnik Cham masih hidup.
“Justeru, daripada dua juta rakyat kemboja yang terbunuh, 400,000 hingga 500,000 daripadanya etnik Cham.
“Pol-Pot amat membenci agama kerana dasar komunis yang tidak mempercayai Tuhan menyebabkan umat Islam Cham menjadi sasaran pembunuhan.
“Saya sendiri mengikut giliran akan dibunuh tentera Pol-Pot pada 1979, namun alhamdulillah umur masih panjang kerana Khmer Rouge digulingkan pada tahun itu.
“Namun, saya tidak menafikan trauma kekejaman manusia berhati binatang itu masih menghantui kami termasuk saya sendiri,” katanya.
Khmer Rouge mahu menghapuskan kepercayaan beragama di kalangan etnik Islam Cham. Mana-mana pemimpin Islam yang mempunyai pengaruh di kalangan masyarakat seperti guru agama atau imam akan dibunuh.
Solat, berpuasa, zakat dan perayaan Islam dilarang sama sekali, bahkan al-Quran, kitab agama dan peralatan ibadah seperti kain sarung, kain telekung bagi perempuan dirampas dan dibakar. Mereka juga dipaksa memakan daging babi dan wanita Islam dilarang bertudung.
Sebahagian orang Islam Cham terpaksa patuh kepada arahan itu bagi mengelak menjadi mangsa pembunuhan atau diseksa.
“Untuk menghilangkan identiti Muslim Cham, pemimpin Khmer Rouge menghalang pengunaan nama yang biasa digunakan masyarakat Islam Cham.
“Mereka dipaksa mengunakan gaya nama Khmer dan dilarang bertutur bahasa Cham.
“Mana-mana etnik itu yang mengunakan bahasa Cham akan dibunuh. Akibatnya, selepas era Khmer Rouge pada 1979, generasi baru etnik Cham tidak tahu bertutur dalam bahasa Cham,” katanya.
Hari ini, keturunan Cham di Wilayah Kompot, Sihanoukville, Kampong Luong di Wilayah Kandal dan Chrang Chamres Village di Phnom Penh tidak boleh bertutur dalam bahasa Cham.
Khmer Rouge bukan hanya memusuhi Islam, malah sebarang kepercayaan beragama lain seperti Buddha dan Kristian.
Bagaimanapun, ketaatan beragama di kalangan umat Islam Cham menyebabkan Khmer Rouge menjadikan mereka sasaran utama berbanding penganut agama lain.
Khmer Rouge turut memusnahkan 20 masjid, malah ada yang digunakan sebagai kandang babi. Lebih menyedihkan, mereka menggunakan kertas al-Quran untuk mengesat najis.
Selepas era pemerintahan kejam Pol-Pot, masyarakat Islam Kemboja kembali membangun selepas tertekan dalam trauma yang panjang.
Dalam keadaan dihambat pelbagai kepayahan dan kemiskinan selepas perang, mereka mula bangun membina identiti beragama khususnya di kalangan masyarakat minoriti Islam yang masih ada.
Selain menggunakan bahasa Khmer yang juga bahasa kebangsaan, pertuturan harian mereka menggunakan bahasa Melayu Champa.
Disebabkan mereka adalah golongan minoriti, ditambah pula dengan persekitaran politik di Kemboja yang kurang stabil, kehidupan masyarakat Islam di negara itu agak sukar.
“Tetapi itu tidak bermakna kami hanya duduk diam. Alhamdulillah, melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), usaha dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan status ekonomi supaya mereka menjadi komuniti minoriti yang dihormati.
“Kami amat berterima kasih kepada umat Islam Malaysia yang prihatin dan banyak membantu bagi membangunkan semula penduduk Islam Kemboja,” katanya.
Setiap bulan ada sahaja rombongan dari Malaysia mengunjungi kampung etnik Cham di Kemboja untuk memberi bantuan.
Pembinaan masjid, surau, sekolah agama, telaga, ternakan lembu, itik dan pengisar tebu antara sumbangan masyarakat Islam di Malaysia.
“Kami juga menerima banyak kitab agama seperti muqadam dan al-Quran untuk diagihkan ke surau, masjid, sekolah agama dan penempatan penduduk Islam.
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan umat Islam Malaysia membantu kami untuk bangun daripada trauma kekejaman Pol-Pot,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)