Wednesday, August 7, 2013

JEJAK MELAYU YANG HILANG DI BUMI CHAMPA

Champa boleh dikatakan sebagai sebuah tamadun bangsa yang dilenyapkan. Sejarah tamadun ini sungguh sadis kalau kita teliti. Di mana daripada berdiri seawall abad pertama masihi sehinggalah penghujung abad kesembilan belas, saat kejatuhannya, 1800 tahun telah berdiri dan akhirnya cuba dipadamkan kewujudannya oleh pemerintah Vietnam. Sehinggakan hari ini, orang Melayu tidak pernah mengenali sejarah nenek moyang mereka. Bila disebut mengenai Champa, mereka mereka akan ternganga.

Ya, buku teks sejarah ada menceritakan mengenai Champa, tetapi sekadar sepintas lalu tanpa menceritakan pun atau mengaitkan kerajaan ini dengan entity yang bernama MELAYU. Dalam sub-topik kerajaan-kerajaan Melayu terawal ini, kita akan bercakap mengenai asal-usul Champa itu, kemudian saya akan menyentuh mengenai Perang Champa-Sui, kemudian saya akan memetik mengenai sejarah peperangan Champa-Mongol.

Asal-Usul Champa

Kajian linguistik menunjukkan bahawa orang Melayu Champa ini datangnya daripada Kepulauan Borneo melalui laut. Mereka tiba dalam lingkungan 1000 B.C daripada Boneo dan mula mendirikan penempatan dari sungai yang mengalir tinggi di mana memberi kelebihan kepada kerajaan mereka yang akan didirikan itu kerana bentuk muka buminya memberi pulangan seperti hasil hutan untuk didagangkan dengan negara-negara luar kelak. [1]

Tradisi Cham mendapati bahawa Kerajaan Champa ini diasaskan oleh seorang puteri bernama Po Nagar yang berkahwin dengan seorang putera daripada empayar China. Po Nagar telah melahirkan dua orang anak dan menghilangkan diri ke lautan. [2]

Rekod terawal yang mengatakan mengenai kewujudan ialah rekod daripada Dinasti Han seawall abad pertama sebelum masihi yang memperkatan tentang sebuah wilayah Han yang bernama Xiang Lin. Orang Melayu Champa yang berada di bawah jajahan Han mahukan kemerdekaan, lantas mereka mencetuskan perang dengan Han. Akhirnya, mereka berjaya memenangi perang selepas beberapa siri peperangan lalu menubuhkan sebuah kerajaan yang pada lidah cina menyebutnya sebagai Lin Yi tetapi dikenali dunia sebagai Champa. [3]

Pada tahun 448 A.D, Funan yang merupakan jiran Champa tidak berpuas hati dengan berdirinya kerajaan Champa lalu mengantar utusan ke China. Raja Funan ketika Jayavarman meminta bantuan China untuk membantu mereka menjatuhkan Champa tetapi ditolak sama sekali oleh China yang memperakui kerajaan Champa. Raja Jayavarman mendakwa bahawa raja Champa ketika Tan Ken Tchoven (sebutan cina untuk nama raja Champa ketika itu) adalah pemberontak. Raja Cham ketika itu, Rudravarman telah menghantar utusan ke China, meminta prestij China untuk mengakui kewibawaan mereka. Hubungan China dan Champa berjalan dengan baik sehinggalah pada tahun 543, di mana Champa telah memerangi China apabila berbeut wilayah Tonkin. Selepas mengalami siri peperangan, Ton Kin berjaya dimenangi oleh Champa dan dicatatkan dalam Prasasti My Son walaupun China berjaya merampas kembali beberapa tahun selepas itu. [4]

Perang Dinasti Sui-Champa

Dinasti Sui merupakan antara dinasti paling pendek jangka masanya dalam sejarah China namun Empayar ini sangat-sangat kuat. Bayangkanlah Dinasti Sui mampu kembali menyatukan Negara China yang berpecah belah ketika era Dinasti Utara dan Selatan (420–589 Masihi). Maharaja pertamanya ialah Maharaja Yang Jian memerintah pada tahun 21 Julai 541 sehingga 13 Ogos 604. Mangkatnya Maharaja Yang Jian diganti oleh anak kedua Maharaja Yan Jian iaitu Yang Guang. Ketika penabalannya, anak sulung kepada Maharaja Yang Jian tidak bersetuju dengan naiknya beliau sebagai Maharaja Dinasti Sui lalu melakukan pemberontakan.

Maharaja Yan Guang berjaya mematahkan pemberontakan oleh abangnya. Selepas itu, Maharaja Yan Guang mahu mengembalikan kegemilangan Negara China ketika di bawah pemerintahan Dinasti Han. Caranya ialah Maharaja Yan Guang harus menawan kembali wilayah-wilayah di bawah Dinasti Han dahulu yang sangat luas... antaranya ialah Kerajaan Melayu Champa dan Kerajaan Goguryeo di Semenanjung Korea yang telah jatuh.

Kita tinggalkan kisah epik peperangan armada tentera Dinasti Sui bertempur dengan armada askar Bangsa Korea. Kita jelajah kisah yang lebih epik daripada itu... kisah bagaimana TEWASNYA sebuah empayar besar dari Timur kepada Bangsa Melayu. Empayar yang digeruni oleh seluruh bangsa di dunia pada ketika itu. Empayar China di bawah Dinasti Sui.

Peperangan Sui-Champa ini bermula apabila Maharaja Yuan Guang mengarahkan Jeneral Perang mereka, Liu Feng untuk mengetuai tentera mereka menyerang orang Melayu Champa yang kerajaan mereka terletak di Selatan Vietnam pada hari ini, ketika orang Melayu masih lagi RULING CLASS di Indochina melalui dua kerajaan hebat mereka, Champa dan Funan.

Dinasti Sui menghantar 10 000 tentera berjalan kaki, tentera berkuda, dan beberapa ribu lagi tentera lain dari bahagian yang berbeza yang dipimpin oleh tiga orang jeneral perang iaitu Ning Changzhen, Li Yun, and Qin Xiong. Liue Feng pula memimpin ribuan lagi armada laut China bersama pembantunya, Li Gang. Askar Champa pula lengkap dengan bala tentera bergajah dan tentera badak sumbu yang dijinakkan. Pada awal peperangan, China berjaya menghambat askar Champa namun berjaya dibalas kembali oleh askar Champa. China kemudian menggunakan pasukan askar berpanah untuk menagangi armada gajah Champa. Champa yang diibaratkan sebagai El Dorado Asia, kaya dengan emas dan bahan-bahan perdagangan akhirnya telah kehilangan Bandar mereka, Vijaya.

Raja Champa ketika itu lari ke bahagian pergunungan untuk kembali menyusun askarnya. Namun yang menjadi mangsa ialah dayang-dayang istana dan juga anak dara Champa yang telah dirogol sewenang-wenangnya. Rumah-rumah di Vijaya telah dibakar oleh askar China. Namun ketika askar China sedang berseronok, mereka dilanda wabak penyakit mungkin akibat perbuatan jahat.

Kebetulan ketika itu, raja Champa telah membawa askar-askar mereka untuk menyerang kembali askar China dari Dinasti Sui. Mereka berjaya memenangi pertempuran itu dan membina kembali kota Vijaya yang merupakan pusat pemerintahan mereka. Beberapa orang pegawai China mati dibunuh. Kemudian utusan telah dihantar kepada China untuk menyuruh China mengaku kesalahan mereka dan meminta maaf. China tunduk dengan permintaan Champa.

Pada zaman pemerintahan Tang, konflik sekali lagi berlaku antara China dan Champa. Para menteri China ketika itu berang dengan keangkuhan Champa dan telah menyuruh mahajara China zaman Dinasti Tang, Li Shimin mengerahkan armada Tang untuk menyerang Champa namun maharaja China itu menolak. Alasannya kekalahan Sui kepada Champa harus dijadikan pendoman kepada Tang dan sekiranya mereka tumpas, itu satu tamparan hebat kepada Empayar Tang yang sangat luas itu [5]

Perang Champa-Mongol

Empayar Mongol merupakan sebuah empayar yang sangat hebat pada zamannya. Dikatakan bahawa armada askar Mongol dikatakan tidak terkalahkan. Bukan satu dua empayar yang terkalahkan oleh Empayar Mongol. Empiayar China dan Tamadun Islam ialah salah satu daripadanya.

Pada hari ini terdapat belasan negara yang duduk di bawah pemerintahan Mongol sekiranya empayar hebat ini masih bertahan. Antaranya ialah Crotia, China, Hungry, Iraq dan sebagainya. Apa yang menarik mengenai Mongol ialah kehebatan mereka menimbulkan satu ungkapan yang mana tersebar ke seluruh dunia.

"Kalau kalian mendengar askar Mongol itu kalah dalam peperangan, jangan percaya!"

Eropah, Arab dan China serta bangsa Korea gagal untuk menewaskan BALA dari TIMUR ini. Tetapi, percayakah kalian bahawa empayar ini kalah di Asia Tenggara yakni Nusantara? Ada kisah yang entah kenapa buku sejarah kita tidak menceritakan bagaimana bangsa Mongol dihalau oleh nenek moyang kita semua.

Ketika bangsa arab di barat pening kepala untuk menangani amukan Mongol, ketika bangsa cina di Tanah Besar menjadi hamba mongol manakala anak dara di eropah tidak tidur lena tatkala mendengarkan nama Mongol, namun Mongol bukan tandingan nenek moyang kita ketika itu.

Ketika itu, perdagangan antara China dengan negara-negara seperti India, Barat, Turki Uthmaniyah dikawal oleh Champa. Champa bertindak sebagai orang tengah disamping kerajaan jiran Champa iaitu Dai-Viet atau dikenali ketika itu dengan nama Annam. Laluan rempah inilah yang mahu dikuasi oleh Kublai Khan ketika itu. Sebuah ekpedisi ke bumi IndoChina ketika itu dirancang oleh Kublai Khan. Terdapat dua buah kerajaan iaitu Dai-Viet milik bangsa Viet pada hari ini dan juga Champa milik orang Melayu.

Perang ini menyaksikan bagaimana Dai-Viet dan Champa yang sering berperang bersatu di bawah panji melawan sekurang-kurangnya 500 000 askar Mongol yang dihantar Kublai Khan untuk menawan bumi IndoChina ketika itu.

Dalam beberapa siri pertempuran sepanjang perang itu berlaku, Putera kerajaan Dai-Viet telah memimpin barisan askar campuran Viet-Champa. Tran Hung Dao dikatakan memimpin 300 000 orang askar campuran menghalau tentera manakala terdapat juga puluhan ribu askar Champa berkawal di kaki gunung, menunggu untuk memberi serangan mengejut ke atas armada Mongol yang akhirnya berjaya dihalau kembali ke tanah mereka. [6]

Pada tahun 1281, menyaksikan Mongol masih belum menyerah kalah, maka dihantarnya 100 armada kapal untuk menjatuhkan Champa. Diceritakan bagaimana seorang panglima Mongol ketika itu yang bernama Sodu berjaya menawan kota Vijaya. Namun, tidak lama apabila askar-askar Mongol akhirnya berjaya dikalahkan kembali Champa melakukan teknik serangan gerilla melawan Mongol. Seperti biasa Mongol akhirnya tewas dalam pertempuran ini. [7]

Apa Yang Patut Dikenangkan Melalui Champa?

Sejarah Champa yang gah pada awalnya dengan kegemilangannya akhirnya terpaksa merempat di bumi mereka sendiri, dihambat oleh para pendatang seperti Khmer, Viet dan Thai yang lari daripada China lalu menubuhkan kerajaan mereka di bumi Melayu seperti IndoChina.

Dulu, Champa ini gemilang. Zaman kegemilangannya menyaksikan Champa mengawal laluan perdagangan antar China dengan Kepulauan Melayu dan Kerajaan Islam Abbasiyyah. [8]

Champa menyaksikan mereka menjadi seorang pembina yang agung. Mereka meninggalkan banyak candi-candi yang sungguh hebat binaan mereka. Candi My Son di Vietnam yang cukup mengangumkan para pengkaji sejarah. Bahkan tamadun ini sangat berbeza dengan saudara Melayu mereka yang lain yang tidak suka mencatat sejarah mereka. CHAMPA MENINGGALKAN KEPADA KITA 98 PRASASTI DALAM BAHASA MELAYU KUNO. 29 Prasasti di dalam dwi bahasa, bercampur antara bahasa Melayu kuno dengan Sanskrit. Bahkan Champa ini sebenarnya antara merupakan negeri Melayu yang terawal yang menerima Islam.

Namun, gemilangnya mereka sangat sadis kalau dikenangkan ketika mereka jatuh. Mereka dihambat oleh penjajah dan bangsa pendatang. Walaupun mereka pernah bangkit sebentar di bawah kepimpinan seorang putera bernama Cha Bo Nga, namun Cha Bo Ngar dibunuh oleh orang kanan dan kisah ini diabadikan dalam Syair Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abiddin di dalam syair itu merujuk kepada Cha Bo Ngar.

Apa-apa pun, kegemilangan tamadun ini ketika berdepan dengan Sui dan Mongol harus dipuji. Kisah bagaimana mereka mampu membuatkan Dinasti Han (ketika mula diasaskan), Dinasti Sui, Tang dan Mongol tunduk harus dikenang sebagai sebuah mercu tanda bahawa kita pernah maju dahulu, kenapa tidak sekarang? Sesungguhnya, kita adalah bangsa bertamadun. Bukannya bangsa yang bercawat sebelum berdirinya Melaka!

Rujukan:

1. Andrew David Hardy, Mauro Curazi Patrizia Zulese. Champa And The Archaelogy of My Son (Vietnam). NUS PRESS. 2009. Page 45

2. Oscar Chapuis. A History Of Vietnam from Hong Bang tu To Dac. 1995.

3. Southeast Asia: Historical Encyclopedia. p. 34

4. Paul Michel Munez. Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. 2004. P. 97 – 98.

5. Denis Crispin, Twichot, John Kingairbank. The Cambridge History Of China. p. 109

6. Philips, Charles and Alan Axerald. Encyclopedia Of Wars: Volume 3.

7. Paul D. Buell. Mongol in Vietnam: End Of One era, Beginning of Another.

8. Le’ Thanh Khoi. Histoire du Vietnam. p.109