Thursday, November 17, 2011

Contribution of RM30, 000



Contribution of RM30, 000


PHNOM PENH: Body Charities The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) today delivered the donations more than RM30, 000 to 407 Muslim families in Cambodia Cambodia's Humanitarian Programme in 2011, here.

NST Group Editor Datuk Mior Kamarul Shahid, who is also Chairman of the Charitable Bodies NSTP help deliver 10 kilograms (kg) of rice, 2kg of sugar and a liter of cooking oil to each family in two villages in South Krahomkor, 60 miles from town and village Chrey Andaif, near here.

Contribution 100 ducks, two sugar cane extractor machine, three wells, 10,000 copies of the Quran, veil, sarong and skullcaps are also distributed to the villagers. Charitable bodies akikah NSTP also organized in two mosques and a feast in the village that people rarely enjoy a dish of meat.

Aid was distributed public donations and corporate companies and sponsored Al-Jabbar Group, while Al Hijrah TV media partner of this program.
On average, the population of Cham ethnic Malays in this country live in very poor fishermen.

Location of their settlements are isolated but it was not accessible due to the passage connecting foreigners severe and no paved roads.
Of the group had boarded trucks for the bus can not pass through muddy roads other than by boat. An estimated 50,000 Cambodians are Muslims.

Serah sumbangan RM30,000

PHNOM PENH: Badan Khairat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) semalam menyerahkan sumbangan lebih RM30,000 kepada 407 keluarga Islam Kemboja dalam Program Kemanusiaan Kemboja 2011, di sini.
Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid yang juga Pengerusi Badan Khairat NSTP menyerahkan bantuan 10 kilogram (kg) beras, 2kg gula dan seliter minyak masak kepada setiap keluarga di dua kampung di Wilayah Krahomkor, 60 kilometer dari bandar ini dan Kampung Chrey Andaif, dekat sini.
Sumbangan 100 itik, dua mesin pemerah tebu, tiga telaga, 10,000 naskhah al-Quran, telekung, kain pelikat dan ketayap juga diagihkan kepada penduduk kampung. Badan Khairat NSTP juga menganjurkan akikah di dua masjid serta kenduri di kampung yang penduduknya jarang menikmati lauk daging.

Bantuan diagihkan itu adalah sumbangan orang ramai dan syarikat korporat serta ditaja Al-Jabbar Group, manakala TV Al Hijrah menjadi rakan media program ini.
Rata-rata, penduduk keturunan Melayu Cham di negara ini hidup sebagai nelayan yang sangat daif.

Lokasi penempatan mereka amat terpencil malah dikatakan tidak dikunjungi rakyat asing disebabkan laluan penghubung yang teruk dan tidak ada jalan berturap.
Anggota rombongan terpaksa menaiki lori kerana bas tidak boleh melalui jalan becak selain menggunakan bot. Dianggarkan, 50,000 rakyat Kemboja beragama Islam.

source : NSTP

No comments: