Saturday, October 4, 2014

Malaysia lubuk rezeki

Imran (tengah) melayan kanak-kanak yang mahu membeli aiskrim.

PHNOM PENH - Kehidupan mewah sentiasa menjadi impian penduduk di Kampung Ampil daerah Cham, Kemboja.

Desakan hidup membuatkan ramai penduduk di kampung itu berhijrah ke Malaysia untuk menimba pengalaman bekerja selain mencari peluang pendapatan.

Penjual aiskrim yang juga penduduk asal Kampung Ampil, Imran Pabakal, 40, berkata, sebelum ini dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2,000 untuk mencari pekerjaan.

“Saya ke Banting, Selangor jadi penjual ais krim. Saya belajar cara buat aiskrim dan kini saya pulang ke kampung untuk meneruskan perniagaan di sini,” katanya.

Bercita-cita untuk kembangkan perniagaan di kampung itu, Imran berkata, jika di Malaysia dia mampu raih RM100 sehari tetapi di kampung ini, pendapatan sekitar RM40 sehari.

“Malaysia senang dapat untung dan saya boleh jual aiskrim kurang manis dengan pelbagai perisa. Di sini, ais krim saya lebih manis dan cuma menggunakan perisa kelapa yang dimakan dengan roti,. Walaupun tak sama seperti Malaysia, saya tetap gembira,” katanya.

Menariknya, penjual aiskrim di sini sentiasa memainkan muzik berbahasa Cham dan Siam.

Harga satu sudu aiskrim di jual sekitar 500 Riel atau 40 sen.

-SINAR HARIAN 

No comments: