Sunday, June 30, 2013

Syarif Abu Bakar iaitu Sultan Muzaffar III

Makam anakanda Syarif Abu Bakar, iaitu Sultan Muzaffar III. Baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar dan dimakamkan di kampung Tualang, Kedah. Baginda adalah raja kemboja dan mendirikan istana preah vihear (yang kini menjadi rebutan kerajaan Thailand dan Kemboja).

Sultan Muzaffar Shah ke III atau Raja Inu adalah putera Yang di Pertuan Muda Raja Mansur. Baginda di lantik menjadi Sultan Perak ke 13 pada tahun 1728M. Sebelumnya Baginda adalah sebagai Raja Muda Perak yang bersemayam di Bernam.

Apabila menjadi Sultan, Baginda bersemayam di Brahman Indera (Bota kanan). Pada tahun 1742 – 1743; telah berlaku rebutan kuasa dengan adindanya Raja Bisnu; Raja Muda yang bersemayam di Pulau Tiga. Raja Muda mendapat sokongan kuat dari Daeng Chelak, Yam Tuan Riau. Raja Muda diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Muhammad Shah dan bersemayam di Pulau Tiga. Sementara Sultan Muzaffar Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di Sayong (dalam daerah Kuala Kangsar). Pada masa ini Negeri Perak diperintah oleh dua Sultan.

Akhirnya Sultan Muzaffar Shah III telah balik semula ke takhtanya di Brahman Indera secara muafakat dan adindanya menjadi Raja Muda semula.

Pada tahun 1743, Baginda telah melantik Daeng Selili seorang Raja Bugis mejadi Mufti atas jasanya menawan perompak-perompak di Pulau Sembilan; yang kemudiannya dijadikan Orang Besar bergelar “Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancong Tak Bertanya”.

Satu pemberontakan oleh Raja Alam, sepupu Baginda telah berlaku; dan atas bantuan Belanda, Raja Alam dan penyokongnya Enche Hasil dari Tanjung Putus telah ditangkap dan dipenjarakan di Melaka.

Baginda telah mangkat pada tahun 1756; dimakamkan di Brahman Indera (Bota Kanan) bergelar “MAKAM HAJI ALLAH”

Makam ini telah diwartakan sebagai Tapak Tanah Bersejarah mengikut Akta Bendapurba tahun 1976 pada tahun 1978 

– Muzium Negara.


He was also known as Koya Long, the last King of Champa.??


"During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champa were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Ch½n, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham.??



Baginda Sultan Muzaffar Shah III sekembali dari kemboja setelah diserang tentera thai ditabal sebagai Sultan Perak.baginda berkahwin dengan Puteri Seri Andalas berketurunan Bugis. Dengan sb itulah sejarah Perak dinamakan Cempakasari sempena nama bunga Kemboja....Kemboja Cempakasari. Di Kemboja, baginda di kenali sebagai Po Chan Koya Long.??



http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

No comments: